Friday, April 13, 2012

7 PETALA CINTA

ASSALAMUALAIKUM..

masyaAllah...punya ana sibuk hinggakan nk jenguk blog sendiri pun menghadapi kesusahan,
inikan blog orang...itulah yang dikatakn baek lapang sebelum sempit..

insyaAllah disini ingin ana kongsikan bersama semua akan sebuah cerita yang benar
membuka mata kepada ana erti pengorbanan demi mencari keredhaan,

subhanallah,
cerita yang ana maksudkan ialah 7 PETALA CINTA

tidak ana menyangka untuk menonton cerita sebegini,
tetapi sudah trlanjur download,

tengok jualah ana pun,

ana sungguh tertarik dengan setiap bait bait qasidah juga selawat dalam cerita ini,
dengan keunikan cara disampaikan,

lenggok bahasanya...sunguh indah,
itulah kekuatan kalimah suci dariNya,

segala pujian buat Nya,
dengan ini ingin ana berkongsi serba sedikit bersama kalian semua.

assalamualaikum..





Saturday, November 26, 2011

alasan wanita yang tak menutup aurat~

assalamualaikum..alhamdulillah,day after day saya masih lagi mampu berkongsi
info sedikit sebanyak dengan izinNya untuk pedoman kita bersama.

saudaraku sekalian,

sesungguhnya setiap perkara yang Allah jadikan itu pasti ada sebab musabab yang
surely x boleh dipertikaikan.

itulah kuasa yang terletak kepada Allah tuhan yang menguasai sekelian alam,

untuk kali ni..terdapat beberapa alasan bagi wanita yang tegar memaparkan susuk tubuh mereka,
malah bangga memiliki bentuk tubuh sebegitu untuk di buad free show kepada semua.

tidakkah dia terfikir kepada siapa yang khususnya segala ciptaan Allah itu di tayangkan?
mungkin dia lebih gemar berkongsi dengan orang lain?



itulah manusia,yang dianugerahkan akal,sebaik baik ciptaan yang tercipta,
namun apakan daya...tatkala syaitan berserta iblis laknatullah telah bersumpah,

yang dia akan sentiasa membawa serta mencari kelompangan untuk menyesatkan anak serta cucu adam malah nabi adam sendiri telah diperdaya olehnya dengan muslihat.

oleh itu,ikuti lah beberapa alasan dari jiwa yang masih dalam kekeliruan...



1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.

Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

sesungguhnya Allh takkan mengubah nasib sesuatu umat melainkan mereka berusaha..tchuss!

End of year and the beginning of the new year!

subhanallah maha suci Allah,
alhamdulillah dengan limpah kurnianya..dapat saya kembali menaip sidikit sebanyak
perkongsian yang mana mungkin dapat menambah ilmu mahupun memantapkan lagi ilmu yang ada.

alhamdulillah,

bismillah hirrahmanirrahim..assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya,

dapat anda meneruskan kehidupan anda dengan salah satu nikmat yang tiada tandingan iaitu

MATA.



saudaraku sekalian...subhanallah..betapa Allah itu pemurah,ya Rahman,
diberi olehnya nikmat melihat yang tidak berbayar untuk sekelip pun..

subhanallah..sedar atau tidak itulah kurniaan yang Maha Esa yang jarang kita pedulikan,
sedangkan nikmat itulah yaang lebih tiada ternilai.

TETAPI!...yang dikatakan dengan manusia ini..masyaAllah..tak pernah cukup kemahuannya..
dipersoalkan lagi.mengapa hidupku begini?mengapa aku tidak kaya?mengapa aku tak setaraf dengan dia?mengapa dia lebih?

kita tetap mempersoalkan benda yang sama...ulang ulang MENGAPA MENGAPA MENGAPA?

cuba kita tanya diri kita saudaraku sekalian kepada diri kita ttg APA?
satu soalan sudah cukup meninggalkan seribu persoalan kepada diri kita..

APA YANG TELAH DIRIKU LAKUKAN KEPADA AGAMAKU?

subhanallah..saudaraku

tak terjawab kita dengan soalan ringkas ini....memang takkan..kerana kita tidak melakukan apa2,
saudaraku yang sedia lengkap peribadinya....

penghujungan tahun islam telah berlalu..kini tiba tahun baru mengikut islam
ayuh kita berhijarah pada awal muharram ini..

sebelum itu lagi moleklah andai penghujung tahun ini diakhiridengan doa penghujung tahun,
dan awal tahun ini dimulai dengan doa awal tahun...semoga kita mendapat rahmat dariNya.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



semoga setiap tindak tanduk langkah kita diberkatiNya..



sekian wallahhua'lam..assalamualaikum...tchuss!

Thursday, November 3, 2011

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PEREMPUAN MENGENAI LELAKI

uhuk..uhukk..uhukkkk....

haa!setiap kali sure
ada kelainan yang perlu kita lakukan kan?
orang cakap kelainan itulah suatu tarikan..am i?

'uhuk..uhukk..uhukkkk....'
korang mesti tertanya-tanya...'ape hal mamat ni?nak mampus ke?'

itulah suatu keganjilan yang mampu menarik perhatian you all semua kan dalam..keep on reading and reading..

well well well..
apa yang perempuan patot tahu tentang lelaki?




Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)


Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita

Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

bukan itu sahaja...

-lelaki memang tak suka DIPAKSA atau DIUBAH
-Lelaki memang kuat CEMBURUNYA
-Lelaki memang kuat MERAJUKNYA
-Lelaki sangat MACHO untuk yang teristimewa
-Lelaki tak suka dirinya DIKAWAL
-Lelaki tak suka dirinya dipandang RENDAH
-Lelaki tak suka kaum wanita DIANIAYA jua
-Lelaki kalau seboleh-bolehnya nak jadi HERO untuk someone



itulah lelaki yang ditakdirkan dilahirkan sebagai khalifah dimuka bunmi untuk dirinya jua keluarganya,
actually bukan ni sajaha yang tersenarai..malah sifat lelaki ni

berbeza-beza mengikut background keluarga,mengikut personality and so much more..
keunikan ni lah yang patut wanita menilai dengan mata mereka,

ya,diakui banyak lelaki kelihatan seperti tidak bertanggungjawab,
tetapi itu bukan kehendak mereka...cuma mereka tidak mampu nak mengeluarkan diri mereka daripada kemelut sebegitu,

jadi...wanita wanita sekalian....banya perkara yang perlu anda memahami tentiang lelaki...
tidak cukup dengan pergi ke library dan menelaah buku...anda perlu menghadapinya sendiri


till then...see you soon!wassalam~


KERETA IDAMAN~

alhamdulillah....with His wills,i managed to create a new post today,

ASSALAMUALAIKUM semua,


So,as usual topic by topic dh masuk in post list...hari ni...simple je topicnye,
topic yg simple ni berbunyi KERETA IDAMAN,



well,u all semua tahu kan each of u must have at least a dream car...am i?
so,what type of car?how to get it?how does it looks?and so many other things right?

listen to me,nak dapat kereta idaman bukanlah suatu perkara sesenang kita bercakap seperti kita mahu memilikinya,

proses demi proses yg berlarutan amatlah diperlukan in order to have each of it,
try to imagine,

kereta idaman yg kita idam-idamkan sudah tentu bukanlah kereta kancil kan?
juga bukan myvi lagi best kan?

kereta idaman kita semestinya bently,merc,bmw,roll-royce,pagani,porsche and so much more,
banyak sangat actually,

tapi ennn,boleh ke kita dapat each of it kalau kitaa just duduk termenung dan mengharap kereta-kereta ni semua jatuh dari langit?

sudah semestinya tidak kan?saya ada satu cerita usah seorang lelaki yang ingin membeli sebuah kereta idamannya...

ikuti kisah ini.............


Seorang lelaki yang mempunyai target sendiri.lelaki ini cuba untuk membeli sebuah kereta di dealer kereta yang ada di Kota Xianyang China dengan wang syiling seberat 300 kilogram. Wang membawa duit syiling sebanyak 60 ribu yuan ke sebuah dealer kereta yang terletak di Wilayah Shaanxi, China, pada 1 Ogos lalu.

Wang yang merupakan penjual tepung, mengangkut wang syiling tersebut dengan menggunakan kereta, wang syiling dengan jumlah tujuh guni tersebut dikumpulkannya dengan menggunakan guni tepung.

Seperti laporan China Daily, Rabu (3/8/2011), dealer kereta menemui kesulitan untuk mencari bank yang menerima wang syiling tersebut, hingga akhirnya sebuah bank bersetuju untuk menghitung wang syiling tersebut. Wang pun tidak boleh terus membawa kereta baru idamannya kerana pihak bank sehingga kini masih mengira wang syiling yang dikumpulkan Wang dari hasil berjualannya selama 10 tahun demi kereta idamannya.

bayangkanlah anda semua,
300kg si lelaki ini mampu menyimpan hanya untuk sebuah kereta selama 10 tahun,
subhanallah!

beginilah hakikat kita dalam mencari syurga,
kita mengidamkan sesuatu yang sangat berharga seperti sebuah kereta idaman,

namun.....adakah kita mampu mencapai jikalau kita hanya termenung sahaja?
cuba renungkan wahai insan yang bergelar hamba yg setia kepada maha pencipta,

jadi...from this day on..
we have to have a 360 degree change in consistant way,

be smart in stepping forward...
till then...tchuss!*you own your own life and you are creating your own way by your own style!

Thursday, October 27, 2011

'lelaki handsome versus lelaki tak handsome'

HOHAI!!!!assalamualaikum you all!


macam biasalah...post by post saya akan kupas title by title,

untuk post ni...ilham datang tanpa diduga yang mendorong kepada perkongsian ramai..ngee:D

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


hahahaha.....itulah kita..selalu menilai orang kan??tak memasal je,

ade je yang jadi mangsa kan?


handsome ke tak handsome ke,

yang penting kan...hati dalaman tuu yang suci and bagus..


luar buruk tak semestinya dalam pun buruk,

bak kata orang luar'dont judge a book by its cover'.


till then,tchuss!

lelaki atau perempuan yang memilih?

assalamualaikum Malaysia,Brunei!!!!!*fuh macam reality tv plak...hehehe

ok,let see...lelaki atau perempuan?
kejap-kejappp....untuk kaum lelaki,'lelaki atau perempuan ni?'jawabnya,'PEREMPUAN!!!'

ha!kaum hawa?,'sudah semestinya lelaki lah!!!high taste bagai!bajet je'

cop cop cop....
sudah-sudah-sudah...stop arguing each other ya?

beginilah...mmg lumrah manusia untuk memilih teman untuk hidup bersame,
macam biasa tugas saya disini adalah untuk memberikan pandangan yang neutral on this topic,

sebenarnya...soal bab memilih atau tidak ini..dua-dua sama sahaja,
tau kenapa?,

ye lah,
kadang-kadang si lelaki nak yang perfect,
dan yang perempuan turut nak perfect,

jadi,tak ke dua-dua itu sama?

criteria yang lelaki pilih,
-body cun
-manja
-mengada lebih
-sweet(x tawulah sesweet gula or not)
-ramah
-tutup aurat
-yang bukak aurat pun nak juga
-muka cantik
-senyum manis
-and so on

*dah nama pun memilih..sure nk yang meletop habis!tak begitu semua?hahaha



yang kaum hawa pula,
-soleh
-muka bersih
-sasa(ups)
-macho
-handsome
-masculine
-manja pun nak jugak tau
-bertanggungjawab
-caring
-duit berkepuk
-pakai smart
-kereta mahal
-kerja baik
-and bla bla bla

hey you!kalau bab memilih ni...tak menang tangan tahu nak menaipnya haa!!

tulah...bab memilih ni memang tak ada langsung hadnya,
tapi semua benda tu akan tercapaikah?,

kalau anda dah tercapai...alhamdulillah,
tahniah saya ucapkan,

bagi yang masih blur blur kutu ke ape ke,
camnilah,

soal pasangan anda,
cukup sekadar anda mengikuti apa yang Islam dah syariatkan..

dalam memilih pasangan,sudah semestinya tidak lain tidak bukan untuk membina masjid,
maka dalam memilih pasangan biarlah bertetapan dengan kehendak kita dan agama.




Setelah kita mengetahui tentang tujuan menikah maka Islam juga mengajarkan kepada umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup karena hidup berumah tangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun saja, akan tetapi diniatkan untuk selama-lamanya sampai akhir hayat kita.

Muslim atau Muslimah dalam memilih calon istri atau suami tidaklah mudah tetapi membutuhkan waktu. Karena kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak menikah, hendaklah memilih pendamping hidupnya dengan cermat, hal ini dikarenakan apabila seorang Muslim atau Muslimah sudah menjatuhkan pilihan kepada pasangannya yang berarti akan menjadi bagian dalam hidupnya. Wanita yang akan menjadi istri atau ratu dalam rumah tangga dan menjadi ibu atau pendidik bagi anak-anaknya demikian pula pria menjadi suami atau pemimpin rumah tangganya dan bertanggung jawab dalam menghidupi (memberi nafkah) bagi anak istrinya. Maka dari itu, janganlah sampai menyesal terhadap pasangan hidup pilihan kita setelah berumah tangga kelak.

Lalu bagaimanakah supaya kita selamat dalam memilih pasangan hidup untuk pendamping kita selama-lamanya? Apakah kriteria-kriteria yang disyariatkan oleh Islam dalam memilih calon istri atau suami?

A. Kriteria Memilih Calon Istri

Dalam memilih calon istri, Islam telah memberikan beberapa petunjuk di antaranya :

1. Hendaknya calon istri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik karena wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggung jawabnya sebagai istri dan ibu. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih istri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.

Demikian pula Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang Mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .” (QS. Al Baqarah : 221)

Sehubungan dengan kriteria memilih calon istri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman :

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)

Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentulah akan berusaha dengan ilmu tersebut agar menjadi wanita yang shalihah dan taat pada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wanita yang shalihah akan dipelihara oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya :

“Maka wanita-wanita yang shalihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh karena itu Allah memelihara mereka.” (QS. An Nisa’ : 34)

Sedang wanita shalihah bagi seorang laki-laki adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim)

2. Hendaklah calon istri itu penyayang dan banyak anak.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah bersabda :

Dari Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : ” … kawinilah perempuan penyayang dan banyak anak … .” (HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

Al Waduud berarti yang penyayang atau dapat juga berarti penuh kecintaan, dengan dia mempunyai banyak sifat kebaikan, sehingga membuat laki-laki berkeinginan untuk menikahinya.

Sedang Al Mar’atul Waluud adalah perempuan yang banyak melahirkan anak. Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak ada dua hal yang perlu diketahui :

a. Kesehatan fisik dan penyakit-penyakit yang menghalangi dari kehamilan. Untuk mengetahui hal itu dapat meminta bantuan kepada para spesialis. Oleh karena itu seorang wanita yang mempunyai kesehatan yang baik dan fisik yang kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak, disamping dapat memikul beban rumah tangga juga dapat menunaikan kewajiban mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai istri secara sempurna.

b. Melihat keadaan ibunya dan saudara-saudara perempuan yang telah menikah sekiranya mereka itu termasuk wanita-wanita yang banyak melahirkan anak maka biasanya wanita itu pun akan seperti itu.

3. Hendaknya memilih calon istri yang masih gadis terutama bagi pemuda yang belum pernah nikah.

Hal ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah secara sempurna dan manfaat yang agung, di antara manfaat tersebut adalah memelihara keluarga dari hal-hal yang akan menyusahkan kehidupannya, menjerumuskan ke dalam berbagai perselisihan, dan menyebarkan polusi kesulitan dan permusuhan. Pada waktu yang sama akan mengeratkan tali cinta kasih suami istri. Sebab gadis itu akan memberikan sepenuh kehalusan dan kelembutannya kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui, dan mengenalinya. Lain halnya dengan janda, kadangkala dari suami yang kedua ia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sesungguhnya karena adanya perbedaan yang besar antara akhlak suami yang pertama dan suami yang kedua. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjelaskan sebagian hikmah menikahi seorang gadis :

Dari Jabir, dia berkata, saya telah menikah maka kemudian saya mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan bersabda beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Apakah kamu sudah menikah ?” Jabir berkata, ya sudah. Bersabda Rasulullah : “Perawan atau janda?” Maka saya menjawab, janda. Rasulullah bersabda : “Maka mengapa kamu tidak menikahi gadis perawan, kamu bisa bermain dengannya dan dia bisa bermain denganmu.”

4. Mengutamakan orang jauh (dari kekerabatan) dalam perkawinan.

Hal ini dimaksudkan untuk keselamatan fisik anak keturunan dari penyakit-penyakit yang menular atau cacat secara hereditas.

Sehingga anak tidak tumbuh besar dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit-penyakit nenek moyangnya.

Di samping itu juga untuk memperluas pertalian kekeluargaan dan mempererat ikatan-ikatan sosial.

B. Kriteria Memilih Calon Suami

1. Islam.

Ini adalah kriteria yang sangat penting bagi seorang Muslimah dalam memilih calon suami sebab dengan Islamlah satu-satunya jalan yang menjadikan kita selamat dunia dan akhirat kelak.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

“ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)

2. Berilmu dan Baik Akhlaknya.

Masa depan kehidupan suami-istri erat kaitannya dengan memilih suami, maka Islam memberi anjuran agar memilih akhlak yang baik, shalih, dan taat beragama.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)

Islam memiliki pertimbangan dan ukuran tersendiri dengan meletakkannya pada dasar takwa dan akhlak serta tidak menjadikan kemiskinan sebagai celaan dan tidak menjadikan kekayaan sebagai pujian. Sebagaimana firman Allah Ta’ala :

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (nikah) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur : 32)

Laki-laki yang memilki keistimewaan adalah laki-laki yang mempunyai ketakwaan dan keshalihan akhlak. Dia mengetahui hukum-hukum Allah tentang bagaimana memperlakukan istri, berbuat baik kepadanya, dan menjaga kehormatan dirinya serta agamanya, sehingga dengan demikian ia akan dapat menjalankan kewajibannya secara sempurna di dalam membina keluarga dan menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagai suami, mendidik anak-anak, menegakkan kemuliaan, dan menjamin kebutuhan-kebutuhan rumah tangga dengan tenaga dan nafkah.

Jika dia merasa ada kekurangan pada diri si istri yang dia tidak sukai, maka dia segera mengingat sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yaitu :

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Jangan membenci seorang Mukmin (laki-laki) pada Mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai.” (HR. Muslim)

Sehubungan dengan memilih calon suami untuk anak perempuan berdasarkan ketakwaannya, Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki :

“Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.”

Untuk dapat mengetahui agama dan akhlak calon suami, salah satunya mengamati kehidupan si calon suami sehari-hari dengan cara bertanya kepada orang-orang dekatnya, misalnya tetangga, sahabat, atau saudara dekatnya.

Demikianlah ajaran Islam dalam memilih calon pasangan hidup. Betapa sempurnanya Islam dalam menuntun umat disetiap langkah amalannya dengan tuntunan yang baik agar selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Wallahu A’lam Bis Shawab.

sekian...renung-renungkan dan selamat beramal..wassalam.tchuss!

crying@menangis?

hallo guys outside there!assalamualaikum und guten tag!

well,day after day sure there got something that keep playing our mind right?
each person got differents type of personality and the way they think.

so,isu yang timbul pada benak saya pada petang ni adalah menangis or crying,
hurmm,saya tak tahu kenapa perkara ini sering bermain di minda saya,

tetapi apa yg saya tahu ialah,
saya perlu share kan pandangan and kesemua perkara,tajuk,hal,bab,serta apa sahaja
yang berkait rapat soal dan perihal menangis......


do you know why woman usually cry?
*adakah anda tahu kenapa wanita selalu menangis?

tahu tak??*nada eric leong sebut 'cantik tak?' dalam casa impian..hehehe
ok beginilah anda semua,

saya mempunyai satu kisah untuk dikongsikan bersama,
dan insyaAllah saya yakin anda semua akan jelas setelah selesai membaca cerita berikut...

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak faham ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Anakku, kau memang tak akan mengerti."

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," si ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan''

begitulah hakikat kenapa wanita sering menangis...


baiklah tidakkah anda terfikir yang lelaki turut menangis?anda tahu sebabnya?

anda mungkin tahu.....tetapi tidak secara menyeluruh..oleh itu...saya suluhkan sinar untuk kita

memahami bersama soal lelaki yang menangis...


sebenarnya,
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


baiklah anda semua..perihal serta soal menagis kita telah telusuri satu per satu,

secara sedar tak sedar..ade jugak lelaki yang tidak menangis...


anda semua,saya mempunyai satu kisah tentang lelaki tidak menangis yang telah lama saya karangkan dalam bahasa remaja zaman kini....,

saya harap anda mampu menerima penggunaan bahasa ini seadanya..:)


"Wuuu...lelaki nangis wuuu... Tak malu wuuu..."

Kenapa? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak taw.

Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, "Ala, lelaki... Tunjuk macho la tu..."

Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis...

Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, "Ala, lelaki... Tunjuk macho la tu..." Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji. Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. Tu pasal la lelaki tak menangis...

Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis...

Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis...

Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis... :))

Ada tambahan atau sokongan? Angkat tangan... :))


dalam perihal menangis tak semestinya kerana kesedihan...kita lelaki mahupun wanita pasti akan menangis sebab kesedihan jua sebab kegembiraan...



jangan tak tahu lagu untuk air mata pun ada...ini bukti kehangatan topik ini...

layan lah lagu ini untuk lebih menghayati dan memahami..sekian...tchuss!












1,2,3 go!

'tak kenal maka tak cinta'



well well well....first of all assalamualaikum to all of u yang sudi or sedia or ape-ape jelah untuk menelaah page ni.

baiklah,as the starter ataupun dalam Malay sebagai permulaan....
kite perlulah saling kenal mengenali ye tak?

ye lah macam terpampang kat atas tu...tak kenal maka tak cinta,

sebenarnya tajuk untuk post ni sangat lah membuka ruang fikiran untuk bersama-sama menyatakan sesuatu dalam permulaan,

ye lah setiap permulaan pasti ada suatu tanda untuk menjadikannya sebagai permulaan,

jadi tajuk 1,2,3,go! inilah satu cara untuk menyatakan bermulanya sebuah kisah ataupun topik-topik yang bakal dibincangkan oleh saya,

baeklah...sebagai pengenalan...,

nama diberi ABDULLAH .................................
berumur....................
menetap di..........................
belajar di..........
bekerja di.....................
hobi ialah......
anak ke..................

banyak lagi actually nak di tulis....tetapi..atas faktor keselamatan,
saya tak boleh mendedahkan banyak maklumat diri,
cukup sekadar anda terhibur membaca serta mengamati tulisan demi tulisan
yang terpampar pada page ini...

berkenalan dengn seseorang bukanlah sesuatu perkara yang mudah,
sering kita kaitkan asal berkenalan pasti berkait rapat dengan couple,and so on

sedar atau tak sebenarnya berkenalan ni tak semestinya bersama pasangan istimewa,
tapi perkara ni universal,

semua org pasti ada kenalan tak kira lah istimewa mahupun biasa
oleh itu..saya di sini adalah salah seorang daripada kenalan anda semua,

jadi jangan segan silu untuk kita saling kenal mengenal melalui satu medium media ini..

im saying bubbye for now...till we meet again soon.tchuss!